Selamat semuanya. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat waffle yang rangup di luar dan lembut di dalam. Sedap macam beli kat kedai gitu.

Light & Crispy Waffle ni memang akan menjadi kegemaran anak-anak dan sesuai untuk dibuat bekal mereka. Silap-silap mak ayah pun join sekali. Bolej juga dijadikan sebagai snek minum pentang. Terima kasih SNK Mohammad.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 biji telur ayam yang telah diasingkan kuning dan putih.
  • 200 gram tepung gandum*.
  • 60 gram tepung jagung*.
  • 2 sudu gula*.
  • 2 cawan susu cair*.
  • 120 ml minyak masak*.
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*.
  • 1/2 sudu teh baking powder*.
  • 1 sudu teh garam*.
  • 1 sudu teh esen vanila*.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pukul telur putih dan ditambah gula sampai menjadi meringue.
  2. Campurkan kuning telur dengan bahan yang bertanda * diatas kemudian gaulkan sebati bersama meringue.
  3. Gaulkan sehingga sebati lagi dan adunan tadi sedia untuk dimasak.
  4. Bila dah siap, boleh sapu jem kegemaran anda. Selamat mencuba.