Resepi ni dah lama dah dok guna. Tak tahu la sapa punya resepi asal ni. Panas pun rangup, sejuk pun rangup. Serdak dia lagi la krupp krupp.

Jom tengok apa rahsia untuk mendapatkan adunan tepung menggoreng pisang yang  rangup ni. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung beras cap gajah 3.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 biji telur.
  • 4 hingga 5 ketul ais kiub.
  • 1 sudu kecil pewarna kuning(kunyit pun ok).
  • Air sejuk dalam peti ais.
  • Sedikit kapur makan (hujung sudu je bancuh dengan 1 sudu air).

Cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam bekas kecuali ais dan air. Gaul sebati baru masukan ais dan masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan cair sangat ye sebab nanti ais tu akan cair.
  2. Cara nak goreng pula guna api yang sederhana besar dan pastikan minyak betul-betul panas.
  3. Masukan pisang yang telah disaluti tepung tadi. Masa menggoreng tu jangan kecilkan api ye. Biar je api tu dengan tahap yang sama. Bila dah nampak kekuningan yang dikehendaki tu angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.

 Ni resepi sambal kicap dia:

  • 12 biji cili padi hijau.
  • 3 sudu besar gula.
  • 3 sudu besar gula merah.
  • 5 sudu besar kicap manis.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 cawan air.

Cara membuatnya:

  • Masukkan semua bahan-bahan dalam blender. Kisar sampai halus dan masak atas api sampai sedikit pekat. Resepi kicap ni rasa pedas-pedas manis gitu. Kalau suka pedas lagi boleh tambah cili padi.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Are Peace. Terima kasih ya.