Resepi untuk membuat Kerabu Kaki Ayam. Menu yang ringkas dan mudah disediakan!

Lama dah teringin nak makan kerabu kaki ayam ni tapi tidak berkesempatan nak buat. Alhamdulillah pagi tadi sempat masak dan buat sekali. So far bahan yang digunakan pun sama sahaja dengan buat kerabu apa pun. Cuma cheyah tak letak sos ikan sebab habis. Guna bahan yang sedia ada je. Gambar sebahagianya adalah kepunyaan Puan Ninie Zaini.

Cara kopek kaki ayam pun cheyah tak buabg semua tulang. Kalau korang rajin buang la. Cheyah tak berapa rajin. Lagipun sedap ada tulang nak kepah kepah layan makan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 12 kaki ayam.
  • 1 biji tomato potong memanjang.
  • 1/2 biji bawang besar.
  • 1 batang serai.
  • 1 batang bunga kantan.
  • Sedikit daun bawang.
  • 2 biji cili merah.
  • 2 biji limau nipis.
  • Sedikit garam dan gula.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuey Teow Sup yang padu seperti di Kopitiam. Memang terbaik!

Cara untuk membuatnya:

  1. Rebuskan dulu kaki ayam ni bagi empuk. Toskan dan sejukkan. Cheyah buang tulang utama sahaja. Boleh tengok gambar kat atas. Yang dekat jari tu tak buang pun.
  2. Masukkan semua bahan lain. Perah limau.
  3. Gaulkan sebati tu dulu. Rasa nak basah boleh la tambah air rebusan sikit takpun kalau ada sos ikan boleh la masuk.
  4. Masukkan garam sedikit.
  5. Tambah gula sikit.
  6. Akhir sekali gaulkan sebati. Dah siap!

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.