Jom buat Ayam Goreng Mamak Style. Konfem ada yang merindui kedai mamak kan? Jom buat sendiri di rumah je. Nah Resepinya. Selamat mencuba.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ayam.
  • 6 sudu makan tepung jagung.
  • 6 sudu makan tepung beras.
  • 3 tangkai daun kari.
  • Bahan untuk dikisar:
  • 6 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • 5 tangkai cili kering.
  • 2 sudu makan rempah kari.
  • 1 biji telur.
  • Garam secukup rasa.
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah.

Cara Memasak:

  1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.