Menu favourite. Sekali makan memang 3-4 pinggan nasi bertambah-tambah. Jenuh la nak kempis perut. Memang tak menjadi. Memang sengaja sabotaj diet dia. Tak la gemuk sensorang. Kan! Kata gemuk sama-sama.

Resepi campak-campak je. Senang yakmat! Sambil makan super ring tengok retis berperang pun boleh buat haha. RESEPI AIR ASAM IKAN BAKAR.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan kembung (nak guna ikan lain pun boleh).
  • Bawang putih.
  • Bawang merah.
  • Bwang besar.
  • Cili hijau/merah.
  • Tomato.
  • Limau kasturi.
  • Asam jawa.
  • Garam dan gula.

Cara penyediaannya:

  1. Ikan kembung gaul garam kunyit lepas tu bakar. Ini mama grill atas pan untuk bagi masak. Lepas tu bakar direct atas api nak bagi effect burning. Kalau nak bakar kosong pun boleh. Semua ikan boleh buat. Ikut citarasa.
  2. Bakar bawang kecil,bawang putih dan 1biji tomata. Bakar dengan kulit. Bakar sampai nampak sikit-sikit masak. Rasa bakar tu buat lagi mabeles. Jangan bakar sampai hangus tau. Bakar acah-acah je. By the way,ini direct letak atas penunu. Lenjan je. Kalau nak proper bakar la atas pan ke. Ikot mung la.
  3. Masukkan bahan yang dibakar tadi dalam blender. Blender dengan air asam jawa. Letak 2-3 cili padi nak bagi rasa lebih ump. Letak terus garam gula. Jangan lupa buang kulit bawang tau. Naya makan dengan kulit. Blender ikut citarasa. Suka texture halus ke texture kasar ikut hang la.
  4. Lebih bahan tadi( bawang besar/cili/tomato) hiris halus2, nak kasar pun boleh ikut citarasa. Campur masuk dalam bahan yang diblender tadi.
  5. Last sekali perah limau kasturi. Ikut citarasa nak masam banyak ke sikit. Terlebih masam get ready la nak cirit. Kacau sebati sesedap rasa.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Eyqa-Atiqah Aznan. Terima kasih.