Ada yang suka makan cornflakes pedas tak? Angkat tangan sikit. Yang belum pernah makan tu boleh try resepi ni tau. Sedap sangat. Kali ni Resepi Cornflakes Pedas Rangup dikongsikan oleh Puan Umie Nurhayati. Terima kasih ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan cili kisar/serbuk cili.
  • 1/2 cawan gula perang. Nak kurangkan lagi pun boleh sesuai dengan rasa manis yang anda nak.
  • 5 sudu makan madu.
  • Sedikit garam mengikut selera anda.
  • 500 gram cornflakes.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak masak dan masakkan cili kisar hingga betul-betul garing yer.
  2. Masukkan gula perang, madu dan garam serterusnya kacau hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan pula cornflakes dan gaul rata. Bila dah siap gaul rata, letakkan cornflakes tadi ke dalam dulang pembakar dan leraikanya supaya masak sekata bila dibakar. Bakar selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.
  4. Bila dah sejuk nak letak kacang ke ikan bilis terpulang pada selera masing-masing. Bolehlah disimpan ke dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.

Moga perkongsian ini menjadi asbab kebaikan untuk kita bersama.