Cara untuk membuat Gulai Kerutuk Telur. Kesedapan bermula dari suapan pertama lagi!

Cikgu tak naklah simpan resepi kerutuk telur yang sedap ni. Jarang kan jumpa. Hari tu cikgu belanja kawan-kawan makan kerutuk telur. Regu set dengan nasi minyak. Nak tahu mereka kata apa? Ahaa semua suka. Habis licin sampai ke kuah. Sebab dekat Kelantan memang tersohorlah dengan masakan kerutuk. Semua lauk cikgu dah cuba untuk gulai ini. Semua memang sedap.

Kawan semua cubalah. Memang tak terkata nikmatnya dapat gaul kuah yang pekat dengan nasi. Nak cicah kuah dengan roti pun ngam.

Kena caranya, semua orang boleh masak kerutuk telur ini. Nah resepi lengkap kerutuk telur.

GULAI KERUTUK TELUR CIKGU AFY

Telur direbus sehingga masak. Kemudian kupas dan goreng seketika sahaja untuk elakkan telur cepat pecah dalam gulai.

Pes bahan kisar. (Anggaran bahan untuk 10 biji telur)

  • 3 biji bawang merah saiz bola pingpong.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 2 hiris bulat serai.
  • Sehiris nipis halia.
  • Sehiris nipis lengkuas.
  • 1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Laksam Kuah Lemak Ori Kelantan

Kisar semua bahan di atas hingga lumat.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis 4 sekawan. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi. Masukkan pula 1/2 sudu kecil cili kisar.
  2. Masukkan 3 1/2 sudu besar rempah kerutuk timbang Kelantan. Kacau menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak.
  3. Tambahkan 1/2 cawan air + asam jawa secubit. Juga garam, nisse atau gula Melaka serta secukup rasa. Biarkan pes sehingga pecah minyak.
  4. Selepas itu, tuang 1/2 santan kotak.Tambahkan sedikit air.
  5. Boleh tambahkan garam, nisse atau gula melaka jika rasanya belum menyerlah. Tambahkan 1 sudu besar kerisik. Renehkan kuah dengan api perlahan lebih kurang 30 minit untuk rasa yang lebih menyerlah.
  6. Selepas kuah memekat dan cukup rasanya, masukkan telur tadi. Biarkan seketika sebelum ditutup apinya.
  7. Siap. Selamat mencuba.

Boleh follow FB cikgu di sini Afy Al Habibi untuk pelbagai resepi Kelantan yang sedap-sedap. Semoga bermanfaat.

Baca juga :  Mudahnya untuk buat Dimsum Gulung Kulit Popia. Yang pasti sos dia ni memang sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.