Resepi Sayur Keladi Masak Lemak Cili Api bersama Tempoyak

Menu makan malam. Ada peminat keladi tak? Masakkan ori nismilan. Sayur keladi masak lemak cili api campur tempoyak. Saya dibesarkan dengan lauk-lauk kampung. Lauk-lauk begini mengundang kerinduan kat arwah mak. Resepi dibawah jika ingin memcuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha. Terima kasih.

Bahan yang digunakan adalah seperti berikut:

  • Keladi. Bersihkan kemudian potong cuci & rebus seketika. Bila dah empuk tos ketepikan.
  • Cili api, kunyit hidupĀ  ditumbuk.
  • Ikan bilis & tempoyak.
  • 1 biji setengah kelapa parut. Perah ambil pati sahaja, pastikan guna kelapa tua ye.
  • Asam keping.
Baca juga :  Cara terbaik untuk membuat Mee Kari Chinese Style yang sangat padu!

Cara untuk membuatnya:

  1. Sediakan kuali, masukkan santan, ikan bilis & cili. Masak dengan api sederhana.
  2. Setelah mendidih masukkan tempoyak. Agak-agak kuah hampir pekat masukkan sayur keladi & asam keping.
  3. Pastikan garam secukup rasa, sentiasa dikacau ye.
  4. Dalam beberapa minit kemudian padamkan api. Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.