Resepi Paru Goreng Garing terbaik untuk anda. Sesuai dimakan begitu sahaja.

Resepi Paru Goreng Garing  ini telah dikongikan oleh cikgu Afy Al Habibi. Kata beliau,

Resepi ini saya kongsi dekat fb untuk kawan yang teringin nak tahu rahsia paru jadi garing. Nak mudahkan mereka, saya tunjukkan langkah penyediaannya ikut cara sendiri sambil selit tip. Biar ringkas, mungkin ada manfaat untuk yang belum tahu. Sebab ada kawan yang bagitahu sebelum ni dia hiris paru tanpa rebus dulu. Susahnya. Nak goreng pun ambil masa lama dan tak garing.  Lepas dia cuba resepi ni, dia suka sangat sebab paru garing masak sambal masakan kesukaan dia. Hii Selamat mencuba.

Ini langkah bersama gambar untuk anda semua cuba. Semoga ilmu ini mendatangkan manfaat kepada semua.

Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Gulai Nanas Ikan Talang Tumis Darat

Ini rupa paru yang telah dibersihkan. Tips hilangkan hanyir paru:

  1. Rendam paru dengan sedikit gandum. Biarkan setengah jam.
  2. Rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.
  3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.
  4. Basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.

Masukkan air 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam keping. Rebus paru sehingga masak dalam api sederhana perlahan.

Paru yang telah masak ditoskan dari periuk rebusan.

Tips untuk paru garing:

Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris. Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.

Baca juga :  Cara untuk membuat Ketupat Sotong. Rangup dan kenyal pasti memukau selera anda!

Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Gunakan api sederhana perlahan. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap.

Siap untuk paru yang garing! Nak makan cicah sos pun boleh. Sedap. Selamat mencuba.

Layan je makan dengan nasi bungkus gulai ayam cincang.

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.