Resepi lengkap untuk membuat Gulai Daging Cendawan / kulat Sisir. Musim lembab ni banyak cendawan / kulat sisir naik. Boleh la pergi mencari. Tapi hati-hati jaga keselamtan ya. Kalau malas cari beli je la kat pasar tani.
Resepi ini Kalau orang perak campur dalam rendang. Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Julia Aleen Aireish;
Sebab laki cheq ada darah mai dari utagha, dia suruh masak mcm mak dia, wan dia masak. Lulus tak lulus kami tak tau.Nampak dia makan bertambah tu maknanya apa? Habaq mai kaih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 kilo daging potong kiub untuk masak gulai.
- 1 mangkuk cendawan sisir anggaran semangkuk saiz taufu fa.
- 1 biji kelapa diperah diambil santan sahaja.
- 1 kuntum bunga lawang.
- 1 batang kulit kayu manis, 2 batang cengkih dan 4 biji buah pelaga.
- 1/2 sudu kecil lada hitam.
- 4 biji bawang merah dihiris.
- 3 ulas bawang putih dihiris.
- 1 inci halia dihiris.
- 1 paket kecil serbuk kari daging **.
- 1 paket kecil serbuk kari ikan **.
- 2 sudu makan serbuk cili **.
- 1 tangkai daun kari.
- Garam secukup rasa.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Satukan bahan ( ** ) campurkan sedikit air jadikan pes. Panaskan satu senduk minyak kemudian tumiskan kulit kayu manis & bunga lawang. Seterusnya masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari dan tumis sehingga semua layu.
- Masukkan pula pes kari dan daging kemudian tumis lagi sehingga pecah minyak.
- Selepas itu masukkan santan serta cendawan sisir. Letak garam secukup rasa, masak hingga mendidih.
- Siap dah menu kita dan sedia untuk dinikmati bersama nasi panas dan keluarga tersayang.
Nota tambahan:
- Semua serbuk kari & serbuk cili saya guna brand babas. Tak ada serbuk cili boleh ganti cili kering yang dikisar.
- Kalau ikut pes rempah ada lagi yang kena guna seperti serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih. kita tak simpan stok guna mana ada aje.