Kami yakin dan percaya mesti time PKP ni semua jenis makanan korang mengidamkan. Macam kami, kami teringin Yong Tau Foo. Bahan biasanya boleh didapati di pasaraya namum kuahnya?
Kali ini kami kongsikan resepi penyediaan Sos Pekat Yong Tau Foo bagi yang nak mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk penyediaan Sos Yong Tau Foo.
- 6 sudu makan taucu.
- 4 sudu makan tepung jagung.
- 1 cawan kicap cair (kicap lemak manis).
- 8 sudu sos tiram.
- 8 sudu gula pasir.
- 6 cawan air (3 cawan untuk dikisar sekali, 3 cawan masukkan ke dalam periuk untuk dikacau bersama selepas bahan-bahan tadi dikisar).
- 2 ketul kiub ikan bilis.
- Garam secukup rasa
Jika nak rasa pedas, tambahkan 3-4 sudu cili kering kisar ya ke dalam ramuan.
Cara penyediaanya pula adalah seperti berikut.
- Kisar semua bahan di atas. Kemudian masak kesemua bahan kisar tadi sehingga sebati bersama 3 cawan air.
- Kuah perlulah sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah menjadi berketul-ketul. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas hingga menampakkan ‘texture’ kuah menjadi sempurna.
- Kalau sos hitam ni tak habis makan, boleh disejuk bekukan ya.
*Resepi asal ini dikongsikan semula oleh Puan Nor Husma Husin melalui Facebooknya namum link asal tidak ditemui, Artikel ini juga telah disunting bagi penyesuaian pembacaan.