Sambal goreng macam ni pembuka selera sangat. Berkali kali dah masak dalam bulan puasa yang lepas. Ada yang suka sambal ni jugak tak?
Saya sertakan resepi di bawah ni ya. Resepi dari kawan saya share sebab yang ni paling kena selera dalam banyak-banyak resepi. Selamat mencuba Resepi Sambal Goreng Jawa.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Kentang, Tempe dan Tauhu secukupnya.
- Cili kisar sedikit.
- Serai dan Halia secukupnya.
- Kicap.
- Suhun dan Fucuk.
- Cili besar.
- Bawang putih dan Bawang merah.
- Kacang panjang.
- Santan secukupnya.
Cara untuk membuatnya:
- Goreng Kentang, Tempe dan Tauhu dahulu sehingga masak.
- Kisar Bawang besar sebiji, Bawang putih 3 ulas, sedikit Halia dan sebatang Serai sehingga hancur.
- Kemudian, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
- Selepas itu, masukan cili kisar dalam satu atau dua sudu sahaja.
- Masukkan kacang panjang diikuti Kentang, Tempe dan Tauhu yang telah digoreng tadi.
- Masukkan Suhun dan Fucuk pula. Kemudian bubuh santan sikit. Ikut kesukaan anda sama ada nak sambal goreng jawa ni basah atau kering boleh adjust mengikut santan.
- Akhir sekali masukan kicap dan perasa. Rasa kesemuanya untuk seimbangkan. Bila dah siap boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamt mencuba.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nina Syakira. Terima kasih ya.