Mudahnya masak Asam Laksa bersama kuahnya yang pekat melekat! Setiap hirupan berbaloi-baloi.

Saya suka betul makan Asam Laksa Chinese Style yang macam dekat Design Village, Juru tu. Disebabkan PKP, tak boleh nak rentas negeri, apalagi saya pun beraksilah hari ini di dapur kecilku.

Tak sangka mudah sangat nak buat Asam Laksa ni. Jimat duit kakak hari ni, kalau tak semangkuk RM18.90. Kali ni makan sampai kenyang. Resepi ni telah dikongsikan oleh Cik Puan Yaya. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan A (bahan kisar):

  • 3 tin ikan sardin (jenama Ayam Brand).
  • 1 bji besar gram bawang merah besar India.
  • 30 gram belacan.
  • Air asam jawa.
  • 15 tangkai cili padi hijau.
  • 1 batang serai saiz sederhana.
  • 500 gram nenas (1/2 biji nenas).
  • 1/2 inci kunyit hidup.
  • 1/2 inci lengkuas.

Bahan B (Bahan Kuah Asam Laksa Cina):

  • Bahan kisar A diatas.
  • Asam keping 8 keping.
  • Belahan bunga kantan (3 kuntum).
  • Daun kesum.
  • Daun pudina.
  • Gula kelapa/gula merah.
  • Garam.

Bahan C (Aksesori Asam Laksa Cina):

  • Daun salad (dihiris nipis).
  • Bawang merah (dihiris nipis).
  • Asam limau kasturi (tak letak pun).
  • Telur rebus (kupas kulit potong 4).
  • Timun (dihiris nipis).
  • Daun Pudina.
  • Fish cake (dicelur dan dihiris nipis).
  • Tauhu kering (digoreng dan dipotong dadu).
Baca juga :  Resepi Kuah Laksa paling sempoi sedap tak terlawan!

Bahan D:

  • 1 bungkus laksa basah (dicelur).

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisar bahan A hingga lumat. Nenas saya kisar asing. Ikan sardin saya kisar asing. Bawang, cili padi, belacan,kunyit hidup, lengkuas, air asam jawa, saya kisar sekaligus. Kemudian satukan semua bahan dalam periuk dan tambah 2 liter air. (Kalau nak kuah banyak, tambah la lagi air). Hidupkan api.
  2. Kemudian, masukkan bahan B ke dalam periuk yang berisi bahan yang dikisar tadi termasuklah asam keping, bunga kantan, daun kesum, daun pudina. Kemudian bila kuah sudah mendidih, saya masukkan gula kelapa dan garam. Saya seimbangkan rasa manis, masin, pedas dan masam.
  3. Sambil kuah tu atas dapur, silalah siapkan bahan c iaitu aksesori untuk dimakan bersama asam laksa chinese style ini. Silalah rebus telur, goreng tauhu, celur fish cake. Kemudian potong kepada bahagian-bahagian kecil. Timun dihiris nipis. Bawang diris nipis. Salad dipotong kecil. Nenas dipotong dadu.
  4. Laksa kering kalau nak rebus, sila rendam 4 jam dulu dalam air sejuk. Kalau guna laksa basah, hanya perlu celur dengan air panas.
  5. Apabila sudah siap semua bahan.Hidangkanlah laksa seperti ini gais!
Baca juga :  Cara buat Pau Goreng Kacang Merah paling gebu dan senang disediakan!

Selamat mencuba sayang-sayang semua!!!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.