Mini Bahulu guna Air Fryer

Sedap dan mudah. Itu gambaran jelas tentang Mini Bahulu Airfryer ini. Dengan masa yang singkat, anda dapat sediakan satu menu yang cukup menyelerakan. Bukan saja menjimatkan masa, menu ini sebenarnya sangat sihat kerana dimasak tanpa perlu menggunakan minyak yang banyak.

Tengok pun dah terliur. Apa kata anda cuba resepi mudah tapi extra sedap ini di rumah anda.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Secawan gula ( boleh kurangkan kalau tak nak manis).
  • Telur 3 biji gred B.
  • Esen vanila 1 tutup.
  • Tepung 1 cawan.
Baca juga :  Ada Air Fryer? Jom kita cuba Resepi Ayam Bakar Madu yang pastinya sedap dan mudah untuk disediakan!

Cara-cara menyediakannya:

  • Blend gula, esen vanila & telur smpai kembang.
  • Kemudian masukkan tepung gandum & blend sampai sebati.
  • Sapu minyak sedikit dekat acuan sebelum tuang adunan.
  • Masak selama 7 min Suhu 170°c atau ikut Air fryer masing-masing.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Ezah Hazreen melalui Facebook Resepi Air Fryer [Malaysia].

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.