Cara untuk membuat Blueberry Cheesecake. Crunchy didalam lembut diluar.

Served blueberry cheesecake untuk family tea time as requested by all. Mommy dah 3 hingga 4 kali buat kek ni guna resepi yang sama.

Anak=anak dan suami memang suka sangat dengan cheesecake ni. Bila makan yang jadi main point depa tu base biskut marie tu pulak sebab rasa crunchy sedap, matching sangat dengan creamy cheezy filling dan topping blueberry tu. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed

Bahan-bahan untuk Base:

  • 110 g butter dicairkan.
  • 200 g biskut marie / oreo / digestive biscuits. Dihancurkan guna grinder.

Gaul biskut bersama butter dan masukkan ke dalam loyang bulat 8×3 yang dialas baking paper. Tekan-tekan kasi padat dan masukkan ke dalam fridge.

Bahan-bahan untuk Filling:

  • 500 g cream cheese.
  • 30 g butter.
  • 110 g castor sugar.
  • 30 g tepung jagung.
  • 200 ml whipping cream.
  • 4 biji telur gred A.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Biscoff Cheese Cake. Super sedap lemak berkrim dan gebu!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Adunkan kesemua bahan-bahan filling hingga sebati. Kemudian, tuang ke dalam loyang biskut tadi.
  2. Bakar secara waterbath / bain marie iaitu loyang kek diletakkan ke dalam bekas lebar yang diisikan air mendidih & bakar di dalam oven.
  3. Bakar pada suhu 160°c selama 1 jam atau sehingga masak. Sesudah masak biarkan kek tadi selama 15 minit dalam oven, biar pintu oven separuh terbuka.
  4. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam fridge selama 3 atau 4 jam dan lebih baik selama semalam. Apabila dah sejuk, bolehlah tuangkan blueberry filling & sedia untuk dipotong.

Memang marvelous rasa cheesecake yang sejuk ni. Happy baking semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.