Lepat labu ni payah jumpa tapi sedap sangat. Cara untuk membuatnya pun mudah je. Terima kasih kepada Nora Lisa kerana berkongsi cara membuat lepat labu ni. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 500 gram labu kuning. Dikukus dan dilecek.
- 1 cawan tepung gandum.
- 1 cawan tepung tepung beras.
- 1/2 cawan pati santan.
- 1 biji kuning telur.
- 1 sudu teh garam.
- Gula secukup rasa. Saya guna brown sugar.
- Kelapa parut ditambah garam untuk inti.
- Daun pisang yang telah dilayukkan dulu.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Campurkan kedua-dua tepung kemudian masukkan kuning telur, santan dan gula kedalam labu yang telah dilecek. Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung. Pastikan adunan ni tak terlalu lembik tau.
- Bubuh adunan 1 atau 2 sudu besar diatas daun pisang.
- Masukkan inti kelapa ditengah-tengahnya. Kemudian, bungkus seperti buat lepat biasa.
- Kukus sampai masak.
Selamat menjamu selera ya semua.