Cara untuk membuat Kuih Bingka Roti Kukus. Insha Allah Sedap dan berbaloi untuk dicuba.

Assalamualaikum. selamat petang semua. Kali ni Puan Noriza Awang Hamat berkongsi cara untuk membuat Kuih Bingka Roti Kukus. Kalau tengok roti dah nak habis tempoh tu boleh la cuba buat insyaallah sedap.

Selamat mencuba. Jom kita buat Bingka roti kukus.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 7 keping roti Gardenia.
  • 3 biji telur ayam.
  • 1 cawan gula.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan susu segar.
  • sedikit garam dan sedikit perwarna kuning telur.
  • 3 cawan santan.

Cara untuk membuatnya:

  1. Semua bahan diblender sahaja.
  2. Bahagian tepi roti tu potong kecil-kecik dan tabur diatas adunan tu.
  3. Sapu loyang terlebih dahulu dengan sedikit Planta.
  4. Kukus selama lebih kurang 45 minit dan siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Senang je nak buat Kek Pandan Kelapa Burnt Cheescake ni. Sedap dia memang tak boleh bawa bincang!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.