Cara untuk membuat Ikan Bakar Sumbat balut Daun Lengkuas. Menu yang pasti anda suka!

Salam dan hai kawan-kawan. Jom kita buat Menu Ikan Sumbat Balut Daun Lengkuas. Alhamdulillah rezeki kita hari ni semua. Jadi saya share resepi ya. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Nur Farah Rania Farah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan kembung/ikan cencaru secukupnya.
  • Cili padi 10 biji.
  • Cili besar 2 biji.
  • Serai 10 batang.
  • Belacan sikit.
  • Daun kunyit 2 helai.
  • Bawang besar 2 biji.
  • Air asam jawa.
  • Kelapa parut 1 biji.
  • Daun lengkuas secukupnya.

Cara-cara membuatnya:

  1. Pertama sekali tumbuk cili padi dengan belacan kemudian baru masuk serai dan tumbuk bagi lumat.
  2. Selepas tu masukkan perasa iaitu garam dan gula sikit, air asam jawa dan seimbangkan rasa mengikut kesukaan anda.
  3. Kemudian, ambil bahan yang dah ditumbuk tadi dan gaulkan bersama kelapa, bawang dan daun kunyit yang dah di potong halus. Masukkan kedalam ikan yang kita dah siap belah. Boleh belah belakang atau pun nak sumbat macam biasa.
  4. Selepas dah siap masuk inti, balutkan ikan kita tadi dengan daun lengkuas mengikut kemahiran masing-masing ya.
  5. Dah boleh dibakar atas pan ataupun digoreng. Saya goreng je.
Baca juga :  Cara untuk membuat Bihun Soto yang laku keras termasuk resepi sambal kicap dan sup yang padu.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.