Menu minum petang terbaik. Cucur Montok Gebu Ikan Bilis!

Cucur Ikan Bilis ni memang sedap tau. Lembut di dalam garing di luar. Tak nak cucur keras kejung boleh cuba yang ni. Anak cakap Mantul sedapnya. Sesuai minum petang ataupun sarapan pagi. Memang lengkap la menu ni.

Terima kasih Julia Aleen Aireish kerana berkongsi resepi tersedap ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum **.
  • 2 cawan air panas yang mendidih.
  • 1 genggam ikan bilis – tumbuk lumat & halus **.
  • 1/2 batang carrot cincang halus **.
  • 1 kiub ikan bilis atau kiub ayam **.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan bahan bertanda ( ** ) dan sekatakan.
  2. Masukkan sedikit-sedikit air panas ikut kesesuaian, sambil mengacau sebati. Bancuh jangan lembik, boleh tambah garam jika belum cukup rasa.
  3. Panaskan minyak, basahkan tapak tangan jemput ikut saiz kesukaan dan bulatkan, goreng hingga masak kekuningan. Masa goreng nampak naik montok tergolek dalam kuali cantik bulat.
  4. Angkat dan toskan minyak sedia dinikmati, sedap sangat.
Baca juga :  Resepi Kuah Mee Kari terlajak padu. Jom kita cuba pasti anda puas hati!

Ikut selera anda, boleh tambah bawang holland, daun bawang dan daun sup jika suka. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.