Biskut raya yang paling senang dan mudah nak buat dan memang laku keras. Campak-campak je dah siap.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 500 gram tepung florentine.
- 500 gram almond flakes.
- 200 gram biji labu.
- 200 gram biji bunga matahari.
- 20 gram bijan hitam.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Bakar kekacang sebentar dalam 5 minit. Sejukkan sebentar.
- Masukkan semua kekacang dan gaul sebati.
- Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati.
- Sudukan ke dalam papercup, nipis shj cukup sekadar menutupi dasar.
- Bakar suhu 160 selama 10-15 minit.
- Keluarkan dan biarkan sejuk sebentar.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
Terima kasih kepada empunya resepi iaitu Puan Anith Syazwani.