Cara membuat Nasi Goreng Pataya dengan senang

Buat apa makan kat kedai kalau lebih jimat masak sendiri. Gittheww you. Cheyah nak kongsikan menu pagi tadi. Buat nasi goreng pataya senang sekali. Simple takpe asal rasa itu yang kena sedap sokmo. Eh!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 mangkuk nasi putih.
  • 2 biji telur.
  • 1 ketul dada ayam dipotong dadu.
  • 3 ulas bawang putih dicincang.
  • 1/3 biji lobak merah dipotong dadu.
  • 4-5 biji kacang buncis dipotong kecil.
  • 2 biji cili padi dipotong halus.
  • 2 sudu besar kicap cair.
  • Sedikit garam.
  • Sedikit minyak untuk menumis.

Cara penyediaannya:

  1. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan ayam. Bila ayam dah separuh masak masukkan kicap. Kacau sebati.
  2. Kemudian, masukkan nasi dan kacau sebati. Tambah sayur tadi dan taburkan sedikit garam. Kacau sebati bagi semua mesra dan sayur layu.
  3. Bancuhkan dua biji telur dengan secubit garam. Goreng dengan minyak yang sedikit. Gelekkan sehingga menjadi bulatan besar.
  4. Masukkan nasi ke dalam mangkuk dan letak di tengah-tengah telur. Tutup nasi dan terbalikkan ke atas pinggan. Dah siap!
Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Tofu Jepun atau Tofu Telur hanya dengan 3 Bahan Sahaja.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.