Cara lengkap untuk membuat Daging masak padprik / paprik yang sangat menggiurkan.

Cara lengkap untuk membuat Daging masak padprik / paprik yang sangat menggiurkan. Menurut pemilik resepi ini iaitu Puan Ica Ashida;

Hari ni suami suggest Kak Ica masak padprik daging. Kita share resepi kita eh. Cubalah!

Bahan utama:

  • Daging secukupnya dah direbus hingga empuk terlebih dahulu.
  • 2 helai Daun limau purut.
  • Sedikit sos ikan.
  • Sedikit kicap.
  • Kacang panjang, Carrot, Baby corn, Bawang holand, Lada merah dan Tomato secukupnya.

Bahan-bahan yang diperlukan dan dikisar:

  • Lada kering secukupnya
  • Sebatang Serai.
  • Sebiji Bawang besar.
  • 3 ulas Bawang putih.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bahan kisar tadi. Kemudian masukkan daging yang telah direbus.
  2. Masukkan daun limau purut, sos ikan, sedikit kicap sebab Kak Ica suka warna dia gelap sikit. Masukkan air dan biar hingga kuah dia jadi pekat macam yang kita suka. Masak sekejap sehingga puas hati.
  3. Akhir sekali masukkan Kacang panjang, Carrot, Baby corn, Bawang holand, Lada merah dan Tomato secukupnya. masak sekejap dan boleh tutup api sebelum dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Ayam Bakar yang menyelerakan

Selamat mencuba.

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.