Kebiasaanya Churros ini dimakan bersama-sama gula halus atapun yang paling popular adalah bersama serbuk kayu manis atau cinnamon. Macam-macam gaya ada, ada yang makan dengan susu pekat pun jadi. Jom kita tengok resepi dan cara untuk menyediakan Churros ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- 1 cawan tepung gandum.
- 1 sudu besar marjerin.
- 1 sudu besar gula.
- 1 cawan air.
- 1 biji telur.
- 1 sudu kecil esen vanilla.
- Secubit garam.
Cara-cara untuk menyediakanya pula adalah seperti berikut:
- Masak air, marjerin, gula & garam.
- Selepas tu masukkan tepung gandum kacau sampai sebati. Tutup api dan masukkan telur.
- Tekan menggunakan acuan semperit.
- Goreng sampai perang dan taburkan gula / serbuk kayu manis kalau suka dan yang paling heaven cicah dengan coklat.