Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Ayam Goreng seringgit yang sedap dan viral ketika ini. Menurut pemilik resepi ini iaitu Are Peace:
Saya beli chicken wing sekilo RM 10.90 dapat 24 ketul chicken wing dan drumette setelah di potong dua. Bawa balik kita proses sendri. Puas makan anak-beranak. Selamat mencuba semua.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 kg kepak ayam.
- 2 sudu serbuk cili.
- 8 ulas bawang putih ditumbuk.
- 1 sudu lada hitam.
- 1 sudu lada sulah.
- 1 sudu secukup rasa.
- 2 sudu kecil garam.
- 1 sudu kecil soda bikarbonate.
- 2 sudu sebuk kari daging.
- 1 sudu cuka.
Cara-cara untuk membuatnya:
Gaul rata kesemua bahan diatas dan masukkan ayam sekali kemudian perapkan selama lebih kurang 30 minit. Sebelum goreng pecahkan 2 biji telur ayam dan gaul lagi sekali sehingga sebati. Ketepikan dan boleh mula untuk sediakan tepung menggoreng pula.
Bahan-bahan untuk membuat tepung goreng:
- 2 cawan tepung gandum.
- 2 cawan tepung jagung.
- 1 sudu kecil garam.
- 1 sudu kecil soda bikarbonat.
- Sedikit serbuk secukup rasa Maggi. Kkalau suka pedas boleh tambah 1 sudu besar serbuk cili.
Cara untuk menggaul ayam dengan tepung sebelum goreng:
- Masukan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam bekas besar yang ada penutup.
- Kemudian masukan ayam. Jangan tuang sekali dengan air perapan tadi pulak ya.
- Tutup penutup bekas tepung dan goncangkan bekas tu supaya ayam dan tepung bersalut sempurna supaya rangup bila digoreng nanti.
- Pastikan minyak betul-betul panas dengan api sederhana dan goreng sehingga kekuningan menggunakan minyak yang banyak (ayam tu tenggelam semasa digoreng). Senang, jimat dan insyallah sedap.
Selamat mencuba.