Salam semua. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat menu yang agak popular di Negeri Johor selain Mee Bandung iaitu Kacang Pool. Menurut pemilik resepi ini iaitu Noor Azni;
Lama tak buat kacang pool. Kesukaan 1 keluarga. Buat untuk makan sendiri dan ada rezeki untuk kawan-kawan sekali.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 pek daging cincang.
- 1 tin kacang panggang.
- 1 sudu besar serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, garam masala, serbuk kari daging.
- 2 sudu besar serbuk cili.
- Sedikit lada hitam kasar.
- Sebiji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan sedikit halia. Kesemua bahan ini perlu dikisar kasar
- Sedikit minyak sapi untuk menumis.
Cara untuk membuatnya:
- Masukkan sedikit minyak sapi, kemudian tumiskan kesemua bawang cincang.
- Masukkan daging dan masak sehingga empuk sedikit. Selepas tu masukkan semua rempah ratus ditambah sikit air. Masak sampai pecah minyak dan semua rempah masak. 2 kali saya tambah air untuk masak daging dan rempah.
- Lepas betul-betul masak, tambahkan kacang panggang yang telah dihancurkan. Tmbah bersama 1 cawan air. Masakkan sampai agak pekat. Seimbangkan rasa dengan tambah garam dan hilal secukup rasa. Dah siap.
- Sebagai tambahan. Goreng telur kuning goyang, tambah bawng holland atau boleh tambah hirisan limau kasturi dan cili hijau. Bakar roti benggali dengan planta sedikit. Siap untuk dicicah. Selamat mencuba semua.