Cara untuk membuat Kerepek Peria Rangup. Kudapan sihat dan sedap!

Cara untuk membuat Kerepek peria. Sangat mudah dan kalau buat biarlah lebih sebalang, sebab konfem habis tanpa anda sedar. mengunyah je la kejenya lepas ni.

Cara-caranya adalah:

  1. Peria dihiris halus-halus kemudian direndam dengan air garam untuk menghilangkan sedikit rasa pahit. Kemudian basuh dan toskan.
  2. Dah tos ambil tepung goreng ayam bestari tabur pada peria (saya pakai yang tepung bestari pedas). Siapa yang tak suka pedas boleh pakai tepung bestari yang biasa sahaja.
  3. Golek-golek tepung pada peria tu sampai betul-betul tersalut. Biar tepung tebal sikit baru rangup.
  4. Panaskan minyak (biar betul-betul panas) baru masukkan peria yang disalut tepung tadi. Masak sampai kuning keemasan barulah diangkat dan toskan minyaknya.
  5. Nak bagi tau untuk dapatkan kerepek peria yang rangup, tipsnya bila dah angkat daripada minyak kali pertama bagi sejuk lepas tu goreng sekali lagi (sejuk dulu baru goreng balik).
  6. Tak percaya anda boleh cuba. Memang krup krap makannya nanti. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Tomato. Sedap dimakan bersama Ayam Masak Merah dan Acar Nanas!

Terima kasih Puan Mary Karunzaman‎ untuk resepi yang mudah dan senang ini.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.