Cara untuk membuat masakan Ikan bakar Pais

Mesti antara anda semua pernah makan masakan yang dinamakan Ikan Pais ni kan? Jadi kali ini kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuatnya sendiri. Insha Allah mesti jadi dah paling penting sedap. Terima kasih kepada Puan Mariana Zainal kerana berkongsi resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Beberapa ekor Ikan yang dikehendaki. Jenis ikan mengikut kesukaan anda sediri.
  • 2 – 3 helai daun kunyit untuk tujuan membaliut ikan nanti.
  • 1 helai daun kunyit yang dihiris nipis.
  • 1 sudu besar asam jawa.

Bahan dibawah ini pula perlu tumbuk ataupun dikisar:

  • 8 – 10 biji cili padi.
  • 1 biji bawang besar.
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 batang serai dihiris dan ditumbuk.
  • 1 genggam kelapa parut.
  • 1 sudu kecil gula.
  • 1 sudu kecil garam.
Baca juga :  Cara membuat Nasi Goreng Kampung yang Sedap dan Mudah disediakan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumbuk atau kisarkan bahan diatas. Kemudian ambil sedikit asam jawa yang telah dibuang biji. Jangan letak air tau. Gaulkan ke dalam bahan yang ditumbuk/dikisar tadi.
  2. Masukkan 2 -3 sudu besar minyak masak dan masukkan daun kunyit yang  telah dihiris halus. Gaul juga bersama bahan yang ditumbuk/dikisar.
  3. Sumbat bahan tadi ke dalam ikan dan lumurkan di kesemua badan ikan dan balut dengan daun kunyit.
  4. Panaskan kuali dan sedikit minyak untuk memasak. Masukkan ikan dan tutup kuali guna tudung periuk. Biarkan selama 15 minit. Gunakan api yang sederhana untuk memasak.
  5. Kemudian terbalikkan ikan tutup semula tudung periuk dan masak lagi seperti langkah diatas selama lebih kurang 10 minit.
  6. Siap untuk dimakan dan dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ketam Bunga Masak Lemak Cili Padi. Hidangan yang anda tidak akan tolak!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.