Cara membuat Sambal Sotong Kembang / Kering. Makan dengan nasi panas memang power!

Cheyah suka sangat sambal sotong begini. Mula jatuh cinta sejak study kat UPM dulu. Selalu makan nasi lemak dengan sambal sotong ni. Ingat susah nak masak. Rupanya senang je guna beberapa jenis bahan macam nak buat sambal biasa tu dah cukup sempurna. Jom kita jenguk resepinya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor sotong kembang.
  • 8-9 biji cili kering besar.
  • 4 biji bawang merah.
  • 1/2 biji bawang holand4 ulas bawang putih.
  • 1/2 inci halia.
  • 1/2 inci belacan (cheyah suka bakar dulu).
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak untuk menumis.

Langkah-langkah penyediaannya:

  1. Blanderkan semua bahan kecuali cili kering, tumis dulu bagi air kering. Cili kering pula, rebus dulu bagi lembut dan toskan. Buang biji dan blanderkan dalam bekas bawang tadi. Masukkan dalam bawang yang ditumis.
  2. Kemudian, kacau sebati sehingga ia pecah minyak dan garing. Boleh masukkan garam dan gula secukupnya.
  3. Selepas itu, Potong sotong kembang ikut keselesaan. Cheyah suka potong petak gini. Masukkan dan gaul sebati. Tutup seketika bagi sotong tu lembut dan serap sambal.
  4. Buka penutup dan nampak ia dah cukup sebati dan boleh dihidang.
Baca juga :  Dah cuba sambal belacan yang ni? Ini rahsianya bagaimana nak jadikan Sambal Belacan kita Padu dan tahan lama.

Selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.