Resepi dan Cara memasak Sizzling Yee Mee dengan hanya menggunakan kuali sahaja!

Sizzling Yee Mee pilihan hati, masak sendiri lagi sedap dan puas makan seisi keluarga. Siapa peminat sizzling yee mee food court angkat tangan? Resipi Sizzling Yee Mee Mudah dan lagi Sedap. Portion 4 Orang Makan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 keping yee mee kering.
  • 10 tangkai cili kering di potong besar-besar.
  • 4 – 5 biji cendawan shitake dihiris tebal.
  • 10 biji bawang putih dihiris.
  • 3 inci halia dihiris halus.
  • 200 gram isi ayam dipotong kecil.
  • 4 sudu besar sos tiram.
  • 1 cawan kicap manis (apa-apa jenis kicap pun ok).
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk.
  • 1-2 sudu lada hitam serbuk.
  • 4 biji telur ayam.
  • 1 cawan minyak masak.
  • 1 sudu besar minyak bijan.
  • 4 – 5 cawan air.
  • 2 sudu besar tepung jagung.
  • 3 tangkai sawi dihiris besar. Saya tak letak sawi, sebab kat rumah sayur-sayuran dah habis.
  • Garam secukup rasa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Mee Kuah. Sedap sehingga ke hirupan sup yang terakhir!

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga perang. Masukkan ayam, tumiskan hingga kecut bersama lada hitam tumbuk dan serbuk lada hitam sehingga ayam kecut. Masukkan cendawan, sos tiram, kicap manis dan 4 cawan air.
  2. Bancuhkan secawan air bersama 2 sudu tepung gandum untuk pekatkan kuah. Tuangkan ke dalam kuah. Renihkan 2 minit. Perasakan dengan sedikit garam, tak perlu banyak kerana kicap dah cukup masin. Masukkan sesudu minyak bijan.
  3. Pecahkan telur 4 penjuru berasingan dan jangan kacau kuah, kerana tak mahu telur pecah dalam kuah. Agak-agak bila telur dah sedikit masak, letakkan yee mee atas kuah dan terbalikkan mee bila dah kembang dan taburkan sayur sawi. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang!

Psstt. Tak yah beli sizzling plate. Terjun jer semua dalam kuali. Jimat di musim covid!! Selamat memasak!

Baca juga :  Tips untuk membuat Salutan Ayam Goreng yang Rangup dengan Tepung Bestari Sahaja!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Suzana Yaakub. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.