Cara membuat Laksa Johor yang tengah viral ni. Laksa yang lain daripada lain. Cubalah!

RESEPI LAKSA JOHOR. Make sure makan pakai tangan okay. Baru feel. Dibawah ini adalah resepi untuk membuat Laksa Johor. Selamat mencuba ya semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 bungkus spaghetti.
  • 2 biji bawang besar.
  • 6 biji bawang merah.
  • 6 biji bawang putih.
  • 2 batang serai.
  • Sedikit halia.
  • Sedikit lengkuas.
  • Sedikit kunyit.

Blend kesemuanya kecuali spaghetti dan serai tu diketuk je.

  • 4 senduk lada kisar/cili kisar (lada/cili kering).
  • 4 sudu besar rempah Kari ikan.
  • 4 sudu besar kerisik.
  • 2 kotak santan.
  • 4 Asam keping.
  • 4-5 ekor ikan ikan kembung/selar/selayang/parang) -apa sahaja jenis ikan.
  • 5-6 ekor Udang basah.
  • Udang kering (blend).
  • Ikan masin kurau (blend).

Rebus buang tulang dan blender isinya guna air rebusan.Tulang ikan blend asing dan tapis ambil airnya buat kuah.

Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Laksa Terengganu Kuah Masak. Sekali rasa pasti nak lagi!

Cara-cara membuatnya:

  1. Tumis bahan kisar dan serai hingga keluar minyak.
  2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan lada kisar.
  3. Kemudian, masukkan isi ikan, udang basah, udang kering dan ikan masin yang telah dikisar, biarkan seketika sehingga mendidih.
  4. Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
  5. Masukkan asam keping, kerisik dan santan.
  6. Masukkan garam dan gula perang/melaka.

Bahan hiasan tambahan:

  • Timun, Kacang panjang.
  • Daun kesum/Daun selasih.
  • Bunga kantan, Bawang holland.
  • Limau kasturi dan Sambal belacan.

Selamat mencuba ya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nuryusra Ibrahim Kutty. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.