Resepi dan Cara Membuat Gulai Nanas Ikan Talang Tumis Darat

Gulai Nanas Ikan Talang Tumis Darat yang anda boleh cuba sebagai salah satu menu anda hari ni. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan:

  • Ikan talang masin bahagian kepala, tulang dan isi. Rendam sekejap untuk kurangkan masin.
  • 1/2 biji nenas – dipotong kiub.
  • 300 ml santan.
  • 2 bungkus kecil rempah kari daging / udang.
  • 1-2 cawan air.
  • Bahan untuk menumis darat:
  • 3 ulas bawang putih.
  • 4 ulas bawang merah.
  • 1/2 sudu biji sawi.
  • 8-10 helai daun kari.
  • 4 sudu besar minyak.

Cara untuk membuatnya:

  1. Dalam periuk, masukkan tulang ikan talang dan kepala bersama serbuk rempah kari dan air secukupnya. Rebus seketika supaya rempah masak dan sehingga tulang dan kepala ikan lembut.
  2. Masukkan nenas dan isi ikan talang. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan santan dan kacau rata. Masak lagi hingga mendidih dan kuah menjadi mesra. Rasakan garam. Hati hati kerana ikan masin tu ada ada garamnya sendiri.
  4. Tumis bahan tumis darat didalam kuali yang berasingan bersama sedikit minyak. Tumis sehingga garing dan wangi.
  5. Tuang bahan tumisan kedalam periuk kari tadi. Minyak tumis jangan dimasukkan semua.
  6. Kacau rata dan tutup periuk rapat supaya bau tumis meresap kedalam kuah.
  7. Lepas seketika bolehla dihidangkan.
Baca juga :  Resepi Spageti Carbonara Creamy
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.