Ayam tandoori siap untuk dimakan. Percubaan pertama kali buat ayam tandoori ni. Juicy sedap dan sebiji rasa macam kat mamak. Yang penting patuh syariah. Huhu resepi asal tak tahu dari siapa, ni saya dah adjust-adjust sikit. Selamat mencuba.
Resepi Ayam Tandoori:
- 1 sudu besar serbuk cili.
- 1 sudu besar serbuk kunyit.
- 1 sudu besar serbuk lada sulah.
- 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1 sudu besar serbuk jintan manis, 1 sudu besar serbuk jintan putih.
- 2 sudu besar sos tiram.
- 2 sudu besar marjerin.
- 2 sudu kecil garam.
- 3 biji bawang besar.
- 10 biji bawang putih.
- 2 inci halia.
- 3 biji buah pelaga.
- Daun ketumbar.
- 1 biji jus lemon.
- 1 cawan greek/plain yogurt.
- Sedikit pewarna merah.
Caranya mudah sahaja. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar sehingga halus. Gaulkan dengan ayam (seekor potong 4 dan kelar-kelarkan ayam tu). Kemudian perapkan ayam tang telah digaul dengan bahan tadi selama lebih kurang 5 jam dalam aluminium foil. Bakar dalam loyang (tanpa foil) pada suhu 180°c selama sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh.
Selamat mencuba.