Cara Membuat Roti Sosej Bersalut Sos Daging Cincang Ala A&W

Ada pelbagai resepi yang berkaitan dengan cara yang mudah dah sedap untuk menikmati sosej. Antaranya adalah resepi ini yang telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli. Terima kasih ya puan. Semoga dipermudahkan segala urusan puan sekeluarga.

Resepi Roti Sosej Bersalut Sos Daging Cincang ini anda boleh buatnya senditi di kat rumah. Jimat masa dan boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak untuk berbuka, moreh mahupun sahur. Selamat mencuba ya.

Resepi dan bahan yang diperlukan adalah:

1. Sediakan bahan untuk sos;

  • 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang holland, 1 biji lobak merah, dan sepaket daging lembu kisar. Cincang halus dan tumis bersama minyak panas.
  • Gaul rata masakan dan masukkan rempah; 2 sudu besar cili kering kisar, 4 s/b sos tomato, 2 sudu kecil serbuk jintan putih, 2 s/k serbuk kari pedas, 2 s/k serbuk cili, 1 s/k serbuk lada hitam, garam secukup rasa dan air secawan.
    *Rasa utama sos ni adalah jintan putih.
  • Kacau sehingga masak. Pastikan sos tidak terlalu cair tidak terlalu kering. Dibiarkan sos seketika.
Baca juga :  Ikuti cara ini untuk membuat Nasi Beriyani Sedap yang pasti jadi!

2. 1 biji bawang holland dipotong dadu dan rendam di dalam air sejuk bersama secubit garam. Kemudian buang air tersebut.

3. Sosej dikukus selama 5 minit, manakala roti dikukus selama 1 minit.

4. Masukkan sosej ke dalam roti, kemudian tuangkan sos daging cincang, dan akhir sekali taburkan bawang holland.

5. Sedia dihidang. Jangan lupa air Sarsi sejuk untuk diminum bersama.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.