Resepi Mudah Untuk Perapan Sos BBQ untuk Lamb Chop / Chicken Chop super sedap!

Kami kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat Lamb Chop BBQ yang mudah dan sedap. Tuan punya resepi ini iaitu Puan Afy AL Habibi akan tunjukkan cara perapan kambing dengan lebih jelas. Sesuai sangat nak makan santai bersama keluarga. Resepi sos blackpepper viral tu kami dah kongsikan sebelum ni. Boleh rujuk disini Resepi sos blackpepper viral.

Cara-cara untuk membuat serta bahan-bahanya:

1. Sediakan bahan perapan. Satukan dalam bekas. Kacau sebati semua bahan.

  • 4 senduk sos lada hitam.
  • 1 1/2 senduk kicap lemak manis.
  • 1/2 senduk sos tiram.
  • 3 sudu besar mixed herbs
Baca juga :  Cara-cara untuk membuat Roti Canai. Gebu, lembut dan pasti anda puas hati!

* anggaran sukatan lebih kurang sahaja. Boleh ubah ikut kesesuaian citarasa.

2. Celup daging kambing satu persatu.

3. Sosej dan bebola boleh cucuk dengan lidi. Perap sehingga 5 – 6 jam.

4. Sedia untuk digrill atas bara api.

5. Balik-balikkan. Tak perlu lama untuk kekalkan kelembapan daging.

6. Akhirnya, hidangkan daging bersama kuah sos blackpepper.

 

Siap.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.