Sos tersedap Shell Out Mampu Milik dan buat sendiri. Anda pasti puas hati dengan kesedapanya!

Assalam, Hai semua. Biasa makan kat kedai berapa harga shell out macam ni. Meh saya share resepi mudah boleh masak sendiri di rumah. Pasti sedap dan puas hati. Mampu milik dan buat sendiri. Anda pasti puas hati dengan kesedapanya! Cara ini adalah kepunyaan Puan Nur Faseha Ibrahim. Selamat mencuba.

Bahan A:

Seafood Pilihan Hati Anggaran keseluruhan 2 Kilogram kemudian direbus seketika. Jika anggaran seafood kurang dari berat ini, boleh bahagikan sukatan bahan yang dikisar nanti. Saya guna Ketam, Udang, Sotong, Kupang dan Kerang.

Bahan B Dikisar:

  • Cili Kering 20 batang direbus terlebih dahulu.
  • 4 labu bawang besar.
  • 10 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • 1 batang serai.
  • 1 inci belacan.
  • 1 genggam udang kering.

Bahan C ditumis bersama bahan B yang dikisar:

  • 5 tangkai daun kari diambil daunnya sahaja.
  • 5 biji cili padi dihiris halus.
  • 3 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar kicap manis.
  • 2 sudu besar gula.
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam.
  • 1 sudu besar rempah kari ikan.
  • 2 batang serai dititik.
  • 1 sudu teh lada hitam kisar.
Baca juga :  Tengok gambar pun dah tau pasti sedap. So apa tunggu lagi jom cuba resepe Mee Udang Banjir padu ini!

Bahan untuk menumis:

  • 50gram butter.
  • Sedikit minyak masak.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan butter dan sedikit minyak. Masukkan semua bahan B sehingga garing dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan Bahan C satu persatu. Kacau hingga sebati . Boleh tambahkan baki air rebusan seafood tadi kalau taknak kuah terlalu pekat. Saya tak gunakan garam sebab dalam sos dan kicap dah ada rasa masin.
  3. Tutup api dan masukkan seafood yang direbus tadi. Gaul rata dan sedia dihidang.
  4. Tambahan – Sayur segar yang dikukus seperti brokoli, lobak merah, bunga kobis, jagung dan lain-lain mengikut citarasa masing-masing.

Selamat mencuba!

Baca juga :  Sedapnya la Ikan Siakap Masak Stim Masam-masam manis ala Restoran Siam ni. Jom Cuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.