Masak seadanya. Masa macam ni, kerang tengah banyak dan murah. Kalau jumpa yang jual isinya saja pun dah OK. Syukur, alhamdulillah. Jom cuba resepi Sambal Tumis Kerang. Selamat mencuba.

Bahan-bahan (3-4 orang):

  • 2 biji bawang besar*.
  • 4 ulas bawang putih*.
  • 20 tangkai cili kering*.
  • 1 helai daun pandan (simpul).
  • 1-2 sdb air asam jawa.
  • 1 mangkuk (+-200g) isi kerang.
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat).
  • Garam & gula secukupnya.

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * dengan minyak masak secukupnya.
  2. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar & daun pandan. Tumis sehingga pecah minyak & sambal bertukar ke warna merah gelap. Ulang 3x jika rajin macam saya.
  3. Masukkan air asam jawa & gula pasir.
  4. Masukkan pula hirisan bawang & isi kerang.
  5. Perasakan dengan garam & sedikit lagi gula (jika perlu). Kacau rata & sedia untuk dihidangkan.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noor Ashikin Saerah. Terima kasih.