Sebab terlalu ramai yang nak resepi rempah giling mak. Ni ceq bagi bahan-bahan untuk rempahnya dan sedikit petua-petua, untuk sukatan maaf ceq tak pasti sebab masa mak ambik bahan-bahan rempah tu jenis cekau-cekau ikut tangan ja.

Doa-doakan mak ceq sihat selalu sebab nak korek lagi cara masak orang dulu-dulu ni.

Resepi Rempah Giling Gulai untuk Gulai Ikan

Bahan-bahannya:

  • Rempah biji*.
  • Jintan manis* (kalau sukatan dia mesti banyak sikit dari jintan putih).
  • Jintan putih*.
  • Lada hitam*.
  • Cabai kering*.
  • Kunyit hidup.
  • Bawang merah (potong kecik-kecik).
  • Bawang putih.

Cara-caranya:

  1. Ambil semua bahan-bahan yang bertanda * rendam sat dalam ayaq panas (beberapa saat ja) lepas tu tapis tos sampai kering.
  2. Untuk proses giling mula-mula giling dulu kunyit hidup bagi hancuq sikit.
  3. Lepas tu campuq pula dengan bahan-bahan rempah yang direndam dengan ayaq panas tadi (teknik giling alu batu sambil tenyeh dekat batu giling pusing-pusing sekali alu batu giling tu keatas dan bawah) kalau betul teknik dia boleh nampak rempah giling tu jadi berlapis-berlapis (rujuk gambaq dekat bawah) dekat alu batu tu serious mau sado lengan.
  4. Berapa lama rempah tu nak lumat bergantung pada skill kalau cekap sat ja…. rempah pon tak terpercik merata cerok.
  5. Bila rempah dah lumat masukkan bawang merah dan bawang putih giling la pulak sampai bawang tu lumat dah siap lumat bulatkan rempah (masa nak tomeih rempah baru pecahkan rempah yang dibulatkan) boh dalam mangkuk ambil ayaq titiskan dekat batu lesung ambil ayaq dari sisa batu giling tu dah siap rempahnya siap untuk digunakan.
  6. Untuk masak Gulai ikan tu ni sama ja macam dok masak gulai ikan yang lain cuma ceq tomeih pakai guna minyak nyoq buat sendiri tu yang rasa dia sangat-sangat sedap. Aroma dia lain macam.

Tips dan petua:

  1. Masa giling rempah tak boleh terlalu kering atau basah.
  2. Kalau rempah tu agak kering boleh titiskan ayaq masa proses giling sebab tu kena giling kunyit hidup dulu kunyit ni akan keluaqkan ayaq.
  3. Gulai nak sedap masa last sekali masuk kepala santan(paling pekat dari perahan pertama) kacau sat terus tutup api.
  4. Kalau ada periuk tanah lagi sedap. Aroma rempah sangat best.
  5. Salah satu sebab orang dulu-dulu sihat dan umur panjang semua benda buat sendiri termasuk rempah guna minyak nyoq untuk tomeih masakan.
  6. Anak dara dulu-dulu wajib luluih dalam bab giling rempah ni baru orang masuk meminang.
  7. Kalau makan nasi dekat rumah orang zaman dulu rasa memang tak sama (guna rempah giling) sebab bergantung pada sukatan rempah masing-masing ada resepi dari warisan turun temurun ikut pulak darah keturunan berdarah campur lain pulak sukatan rempahnya.

Selamat mencuba kalau tak faham apa-apa boleh tanya nanti ada masa ceq jawab pelan-pelan boleh rujuk gambaq no…. sharing is caring.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Tuan Muhammad Farid Omar. Terima kasih tuan.