Roti goreng sayuran krup krup. Minum petang anda mesti cuba untuk buat menu ni. Mudah dan menyelerakan. Cubalah.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 – 6 keping roti gardenia.
  • 1 cawan tepung gandum*.
  • 1 cawan air*.
  • 1 biji telur*.
  • Sedikit daun sup*.
  • Sedikit lobak merah yang disagat*.
  • Sedikit garam*.

Cara untuk membuatnya:

  1. Satukan bahan bertanda * dan sebatikan. Roti di potong ikut cita rasa masing-masing.
  2. Celup roti dalam adunan dan goreng hingga kekuningan.
  3. Siap dihidangkan. Boleh dimakan begitu saja atau bersama sos dan mayonis. Selamat mencuba

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Danisya Dhia Farisya. Terima kasih.