Ini cara saya buat sayur brocoli & sayur pak choy fav sefamily. Cara-cara dan bahan yang diperlukan boleh baca seterusnya ya. Terima kasih Puan Suzana Saad. Selamat mencuba.

1. Sayur Pak choy saya belah 2. Rebus bagi masak atau 1/2 masak.

2. Untuk sosnya, saya masukkan 2 atau 3 sudu besar sos tiram, 1 sudu kecil serbuk secukup rasa & 1/2 sudu kecil tepung jagung untuk memekatkan kuah.

3. Masukkan air kosong. Sukatan agak-agak byk mana kita nak siram sos nanti keatas sayur. Bancuhan ni kalau sos tiram tak cair elok pun tak apa, nanti atas api, akan jadi elok.

4. Sayur pak choy dan brocoli perlu direbus dahulu kemudian susun cantik-cantik dalam mangkuk.

5. Tumiskan bawang putih yang dipotong kecil. Bila dah kekuningan bawang putih, masukkan pula bancuhan tadi, kacau hingga pekat sikit. Kemudian, tuang atas brocoli dan pak choy.

6. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.