Cara Untuk Membuat Pekasam Daging Dengan Mudah

Harini buat pekasam daging dengan modal RM 20 sebab saya pakai daging import ja. Dapat la dalam 2 kilo. Puas makan kalau beli, boleh la kontrol tahap masin mana kita nak.

Caranya, daging dihiris besar-besar dan nipis. Nanti nak goreng potong kecil-kecil. Basuh dan toskan. Selepas tu tabur garam dan asam keping. Gaul-gaul kemudian biarkan semalam dalam bekas tertutup.

Esoknya beras digoreng. Saya goreng guna air fryer ja. Suhu 180 darjah selama 20 minit. Selepas tu kisarkan separa halus kemudian gaulkan dengan daging yang dah diperap dengan asam keping dan garam. Biarkan lagi semalam. Esoknya dah boleh goreng.

Baca juga :  Bagi mereka yang suka makan daging, anda perlu cuba Daging Masak Cuka ni tau!

Kena simpan dalam peti ais bagi tahan lama. Tapi tak perlu letak dekat tempat sejuk beku.

Nota kaki: Daging dah siap perap semua ni boleh goreng. Tak payah basuh. Baru rasa garing-garing beras digoreng

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nor Azlina Yusof di Facebook Masak Apa Hari Ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.