Teringat cucur peniram pasar malam pulak adoiiii. Jom buat sendiri jela bahan-bahan pun mudah nak cari!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Tepung beras 500 gram.
  • Tepung gandum 2 sudu besar.
  • Garam secubit.
  • Gula merah 250 gram.
  • Gula pasir 200 gram.
  • Air 200 ml.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan di dalam kuali gula merah, gula pasir dan air. Kacau sampai berbuih.
  2. Tuang dalam tepung beras dan gandum tadi tu guna sudu ya sebab panas air gula tu. Kacau sampai pekat likat.
  3. Peram minimum 4 jam lagi lama lagi cantik adunan (semalaman) kalau sanggup tunggu lah hehe.
  4. Boleh lenyekan adunan dan tekap (tengok gambar ya).
  5. Goreng macam biasa.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nur Norul Emasyitah.