Jangung Manis ni pastinya mempunyai ramai peggemarnya. Susu lebih sikit baru sedap! Jom cuba.

Cara untuk membuat Jangung Manis dengan mudah, cepat dan sedap. Anak-anak pun boleh bantu sama. Bahan-bahannya pun mudah sahaja. Terima kasih kepada pemilik resepi iaitu Mohd Akhmal. Selamat mencuba.

1. Jagung beku tu rendam sekejap dalam air supaya lembut sikit.

2. Masukkan dalam loyang air fryer anda Marjerin 1 sudu besar, Susu pekat 1 sudu besar dan garam secukup rasa. Kalau tak de Air Fryer boleh guna oven anda.

3. Masukkan dlm Air Fryer anda.

4. Bakar pada Suhu 160°C selama lebih kurang 6 minit.

Baca juga :  Cara untuk membuat Chocolate Bubble Rice dengan 3 bahan sahaja. Mudah dan pasti laku keras nanti!

5. Siap dibakar dalam Air Fryer. Hati-hati tau panas loyang tu.

6. Saya masukkan setengah potong cheese kemudian alihkan masuk dalam mangkuk.

7. Kacau-kacau bagi sebati. Dah boleh makan. Anak-anak suka ni sebab cepat dan mudah disediakan. Selamat mencuba ya semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.