Cara Membuat Kuey Teow Goreng Kering Sedap

KUEY TEOW GORENG KERING LAGI SEDAP. Selalu kalau goreng kue teow mesti orang suka buat versi basah kan. Kalini cheyah nak goreng kering je. Bahan pun simple sangat. Masa penyediaan pun lebih kuang 15 minit jur. Campak campak siap. Dah la makan lagi sedap.

Jom buat. Selamat mencuba!

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 mangkuk kue teow.
  • 2 biji telur ayam gred B.
  • 1/2 mangkuk kecil taugeh.
  • 3-4 pohon daun kucai.
  • 5 biji cili hijau.
  • 5 ulas bawang putih.
  • 2 sudu makan sos tiram.
  • 2 sudu makan sos cili.
  • Sedikit kicap lemak manis.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara memasak:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau sehingga telur tak berketul dan hancur. Cheyah lebih suka hancurkan telur diawal berbanding letak diakhir sebab ia lagi sedap dan tak melekat.
  2. Bila telur dan nampak garing, masukkan bawang putih dan cili hijau yang telah ditumbuk kasar.
  3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap tadi. Kacau sebati. Tambahkan garam sedikit sahaja.
  4. Letak gula jika suka. Selalu kalau goreng mee or kue teow kena letak sebab baru balance dan sedap. Ini tips masa cheyah belajar dekat kedai siam.
  5. Masukkan kue teow yang telah direndam, dibasuh, dibilas dan ditoskan.
  6. Akhir sekali dah boleh masukkan sayur taugeh dan daun kucai. Kacau sehingga ia sebati.
  7. Taraaaa. Dah siap! Sangat senangkan.
Baca juga :  Menu ni kalau ada memang tak menolak punya. Jom cuba Daging Goreng Kunyit untuk makan malam ni!

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.