Pavlova Pertama saya buat. Resepi senang jer semudah ABC. Korang pun konfem boleh buat punya.
Resepinya ada saya sertakan dibawah. Selamat mencuba ya semua.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 4 biji putih telur.
- 1 cawan gula castor.
- 1 sudu makan tepung jagung.
- 1 sudu teh cuka.
- 1 sudu teh esen Vanila.
- Bahan-bahan cream:
- 1 cawan whipped Cream.
- 1/2 cawan gula ising.
- Buah-buahan yang masam (starwberry, grape dan kiwi).
Cara untuk membuatnya:
- Pastikan bowl dan pemutar kering dan tak berminyak. Pastikan juga ianya bersih supaya pavlova cantik.
- Pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental dan bertanduk (nak test dah ok atau tak terbalik atas kepala dan tak jatuh).
- Masukkan tepung jagung, esen vanila dan cuka. Kaup balik adunan menggunakan spatula bukan senduk kari tau. Sambil tu panaskan oven pada suhu 150 darjah selama lebih kurang 15 minit.
- Bakar pada suhu 140 darjah selama 1 jam atau 1 jam 15 minit. Selepas masak biarkan di dslsm oven yang terbuka sikit sehingga sejuk.
- Pukul whipped cream and ising sugar sehingga kembang.
- Layerkan dengan whipped cream dan hiaskan mengikut kreativiti masing-masing. Siap! Senangkan?
Selamat Mencuba.
Resepi ini telah dikongsikan oleh By Mama Aisyuna.