Cara untuk membuat Cucur / Kuih Peneram. Resepi pasti jadi. Rangup dan padu beb!

Lama dah teringin nk buat cucuq peneram nih. Banyak resepi saya dapat dan cari, Alhamdulillah 1st time cuba nasib menjadi. Syok tak sangka lah bila jadi. Makan panas-panas lagi sedap. Rangup-rangup gitu.

Nah saya share skali resepi & cara nak buat sekali sebab dah niat dalam hati kalau buat jadi kuih ni nak share dengan anda semua. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Eda Sueda. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g tepung beras cap 3 gajah.
  • 340g gula merah.
  • 240ml air.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Peneram

Cara-cara membuatnya:

  1. Masak gula merah dengan air sampai mendidih. Kemudian tapis & tuang dalam tepung ketika air gula masih panas dan kacau sebati.
  2. Peram semalaman. Kalau peram 4 atau 5 jam pun boleh rasanya. Saya peram semalaman dalam bekas bertutup kat luar peti sejuk tau.
  3. Lapik plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak. Canaikan adunan tadi dan tekap guna acuan kesukaan. Guna acuan lompang pun boleh. Ikut kreativiti anda la.
  4. Gorengkan dengan minyak yang panas sehingga masak. Siap untuk dijamah bersama keluarga tersayang.
Baca juga :  Resepi Kek roti chocolate dengan menggunakan Roti Gardenia sahaja.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.