Kami kongsikan menu untuk makan petang iaitu Kuih Sagu Merah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 cawan sagu.
 - ½ cawan gula.
 - Sedikit air.
 - Daun pandan.
 - Pewarna merah.
 - Kelapa parut putih.
 

Cara untuk membuatnya:
- Basuh sagu dan toskan airnya sekejap.
 - Masukkan semua bahan dalam periuk, sekali dengan sagu. Air agak-agak macam kita nak masak nasik je. Buka api perlahan dan kacau sampai likat. Kalau ada putih-putih lagi jangan risau sebab nak kukus. Tutup api.
 - Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
 - Tuang sagu ke dalam loyang atau acuan. Kalau guna acuan sapu minyak sikit.
 - Kukus sampai sagu masak. Bila dah masak boleh digolekkan dalam kelapa parut putih.
 - Siap untuk dimakan.
 

Selamat mencuba.
