Resepi Pau Sambal @ Burger Malaysia

Resepi untuk membuat Pau Sambal ataupun nama glamernya burger Malaysia. Jom kita buat.

Bahan A:

  • 1 1/2 cawan air suam kuku.
  • 1 paket yis kering brand Mauripan.
  • 2 sdb gula pasir.

( Satukan semua dlm satu bekas. Kacau dan biarkan 5 – 6minit lebih kurang ).

Bahan B:

  • 4 1/2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar butter.
  • 2 sudu besar susu pekat manis.
  • 1 sudu teh double action baking powder ( baking powder biasa pun boleh ).
  • 1/2 sudu teh baking soda(effect rangup kulit burger tu nanti).

( Satukan semua bahan Bhn B gaul hingga jadi serbuk)

Cara menyediakanya:

  • Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B.
  • Gaul rata dan uli sebati selama 8 – 10mnt kemudian peram dalam bekas bertutup selama 10 minit.
  • Tabur tepung dalam talam dan bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang dikehendaki. Tekan sikit atas doh tu.
  • Susun dalam talam dan buat sehingga siap. Kemudian peram lagi selama 18-20 minit dan bolehlah digoreng. Ingat gunakan api yang sederhana dan sentiasa balik-balikkan.
Baca juga :  Dengan 3 bahan sahaja anda mampu untuk membuat Ayam Goreng sesedap KFC!

Resepi Sambal Bilis (khas utk burger Malaysia jer yer).

Bahan:

  • 2 genggam ikan bilis (digoreng dan toskan).
  • 1 biji bawang besar (hiris )
  • 2 sdb sos cili
  • 1 1/2 sdb gula
  • Sedikit garam
  • Bahan perasa jika perlu
  • 1/2 cawan air
  • 1 1/2 senduk minyak masak utk menumis.

Bahan kisar:

  • 10-12 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3- 4 ulas bawang putih

Cara-caranya:

Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar dan masukkan gula. Tumiskan hingga betul-betul naik minyak dan cili berubah warna. Masukkan sos cili dan kacau kemudian masukkan bawang hiris dan ikan bilis serta air .Bila dah agak pekat masukkan garam dan bahan perasa.

Baca juga :  Resepi Bubur Pulut Hitam Kurang Manis yang sedap

Kredit : Mariana Zainal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.