Resepi Kuih Sagu Kesukaan ramai. Kuih ni memang popular disebabkan mudah untuk dibuat. Cubalah!

Kami kongsikan menu untuk makan petang iaitu Kuih Sagu Merah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan sagu.
  • ½ cawan gula.
  • Sedikit air.
  • Daun pandan.
  • Pewarna merah.
  • Kelapa parut putih.

Cara untuk membuatnya:

  • Basuh sagu dan toskan airnya sekejap.
  • Masukkan semua bahan dalam periuk, sekali dengan sagu. Air agak-agak macam kita nak masak nasik je. Buka api perlahan dan kacau sampai likat. Kalau ada putih-putih lagi jangan risau sebab nak kukus. Tutup api.
  • Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
  • Tuang sagu ke dalam loyang atau acuan. Kalau guna acuan sapu minyak sikit.
  • Kukus sampai sagu masak. Bila dah masak boleh digolekkan dalam kelapa parut putih.
  • Siap untuk dimakan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Lepat Jagung yang lembut dan sedap. Bolehlah jadikan menu tambahan berbuka nanti.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.