Mesti ramai penggemar kek dalam page ni kan. Biasalah Kek ni kalau kena dengan selera dan tekak kita. Letak sepinggan pun licin. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda Resepi Kek Marble Red Velvet untuk anda semua cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur ayam Gred A (Gred lain pun boleh cuma kena adjust jumlahnya)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Esen vanilla
  • Red velvet Emulco
  • Pewarna merah

Cara untuk menyediakannya:

  • Campurkan gula, mentega dan pukul sehingga kembang.
  • Masukkan telur ayam sebiji demi sebiji kemudian pukul adunan selama 2 minit.
  • Masukkan pula esen vanila dan susu pekat. Kacau adunan sehingga sebati kemudian ayakkan tepung dan baking powder.
  • Kaup balik dalam adunan mentega tadi. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dibiarkan kosong danĀ  1 lagi terpulang pada anda untuk letak warna apa. Waktu ni boleh la bak buat Red Velvet guna emulco tadi.
  • Kemudian adunan tadi dibakar menggunakan Air Fryer pada suhu 150 darjah selama 45 minit. Untuk makluman dalam gambar tu menggunakan saiz loyang berdiamter 6 inci.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Nor Nurul Jannah Salleh melalui Facebook Resepi Air Fryer [Malaysia] dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.