Cara buat cheesekut ni memang mudah je. Tak perlu korang nak kena kukus dengan alat pengukus atau guna oven bagai. Selamat mencuba ya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Susu Full Cream.
- Tatura Cream Cheese 250 gram.
- Susu Pekat.
- Biskut Lemak Hup Seng.
- Horlick 3 Sudu Besar.
Cara membuatnya:
- Blender kesemua bahan ini bersama iaitu Cream Cheese 250 gram, Susu Pekat 2 hingga 3 Sudu Besar, Susu Full Cream 5 Sudu dan Horlick 3 Sudu.
- Siap blender boh tepi diam-diam.
- Kemudian ambil Biskut Hupseng lemak tu. Letak Susu Full Cream dalam mangkuk pula untuk mencelup biskut tu nanti.
- Celup biskut terus susun dalam bekas petak. Saya buat dua layer biskut baru letak cheese blender tadi. Jimat sikit, pastu letak nestum (optional). Ulang je step ni sampai penuh mana korang suka.
- Last sekali boh cheese blender tadi kat atas, then boh la topping apa korang suka tau.
- Siap. Simpan dalam peti ais beku. Tunggu la beku sat baru la ngap. Selamat mencuba.